ISMAIL SABRI KEKAL TEGUH DEMI PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR

 


Ismail Sabri perlu kekal teguh demi menyelamatkan Malaysia dan nasib bangsa dari terlepas ke tangan yang salah.


Desakan demi desakan yang dikenakan kepada Perdana Menteri pada waktu ini seakan serangan politik yang tersusun.


Seakan-akan dari pelbagai arah, walaupun hakikatnya datang dari satu arah saja sebenarnya.


Walaupun segala tuntutan UMNO telah dipenuhi dan segala urusan pentadbiran negara diuruskan dengan begitu baik sekali oleh Perdana Menteri dari UMNO ini.


Desakan ini tidak pernah berhenti.


Dimana silapnya?


Tidak cukup dengan itu, segala pertuduhan yang melibatkan pemimpin UMNO di Mahkamah juga diletakkan beban kesalahan itu di atas bahu Perdana Menteri.


Walaupun angka semasa menunjukkan yang UMNO BN agak berat untuk menang majoriti mudah disebabkan ketidaktentuan pengundi muda dan atas pagar, ini tidak menghentikan lagi segala desakan kepada Perdana Menteri untuk segera bubarkan Parlimen.


Apa muslihat disebalik desakan kepada Perdana Menteri ini?


Tak salah jika kita buat bacaan politik untuk katakan sebenarnya sudah ada yang tak sabar mahu jadi Perdana Menteri juga.


Jika angin tak bertiup masakan pokok bergoyang.


Jika bukan angin, mungkin ada beruk yang menggoyangkan pokok.


Amat dangkal jika kita katakan desakan untuk bubar Parlimen segera ini adalah move Dato Seri Presiden untuk lari dari kes Mahkamah beliau.


Dato Seri Zahid Hamidi terkenal dengan jiwa kering beliau.


Bubar Parlimen tahun ini atau tahun depan, tidak akan mengubah apa-apa dalam perjalanan kes Mahkamah Dato Seri Presiden.


Siapa yang dapat manfaat langsung hasil bubar Parlimen segera ini?


Penulis tak mahu fitnah politik. Ini sekadar spekulasi politik untuk bacaan kita semua.


Tak lama dulu ada seorang pemimpin UMNO yang katanya mahu menunggu dua buah nangka busuk jatuh bergolek.


Tak perlu dijolok katanya, buah yang busuk bakal jatuh sendiri.


Pesan kami kepada Dato Seri Ismail Sabri adalah: jangan tunduk kepada desakan ini.


Katalah apa orang nak kata.


Boo-lah satu Dewan Merdeka pun.


Perjuangan mempertahankan negara dan bangsa ini lebih besar dari batang tubuh Ismail Sabri itu sendiri.


Jika DSIS tunduk kepada desakan ini, hampir pasti DAP akan kembali bertakhta di Putrajaya dan bakal tergadailah perjuangan bangsa.


Tak susah nak mencari beruk yang sedang menggoyangkan pokok.


Dia datang sebagai kawan, tapi tindak-tanduk politiknya lebih kejam dari lawan.




Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA