PENGUNDI ATAS PAGAR PENENTU KEMENANGAN BN PRU-15

 


Ribut dalam cawan dalam UMNO sudah mula reda.


Desakan untuk bubar segera yang hanya akan mengeruhkan keadaan dikalangan pemimpin UMNO juga diharapkan sudah mula reda.


Seharusnya fokus kita kini adalah kepada rakyat.


BN hanya akan menang dominan PRU-15 jika fokus kita adalah untuk menjaga rakyat.


Paling penting sentimen pengundi atas pagar kepada BN.


Walaupun kita teruja mendengar kisah politik dalaman UMNO, lebih-lebih lagi dari agen pemecah belah seperti Lokman Adam, ini sedikit pun tidak akan menambah pengundi atas pagar kepada BN.


Segala sengketa dalaman  UMNO yang cuba disemarakkan ini tidak akan menambah undi atas pagar dan #Undi18 kepada kita.


Hakikatnya, pemimpin UMNO yang sedang giat menambah pengundi atas pagar dan #Undi18 kepada UMNO BN adalah Perdana Menteri kita.


Jika masih ada kalangan pemimpin UMNO yang masih tak kebah dengan politik dalaman UMNO...


Perdana Menteri tidak berhenti turun ke setiap pelusuk negara bertemu dengan orang muda yang majoriti merupakan pengundi kali pertama.


#Undi18 tak peduli pun apa kemelut berlaku dalam UMNO.


Hal titik bengik politik dalaman UMNO hanya memualkan pengundi atas pagar kepada BN.


Pengundi atas pagar lihat Perdana Menteri dari UMNO ini mendengar masalah rakyat.


Pengundi atas pagar lihat Perdana Menteri yang wakili BN ini menyelesaikan masalah rakyat.


Segala kisah politik dalaman UMNO sewajarnya berakhir di Dewan Merdeka atau mesyuarat MKT sahaja.


Penulis menolak keras cadangan untuk bubar Parlimen segera atas faktor utama kerana sentimen pengundi atas pagar masih kurang jelas dengan hala tuju BN dalam beberapa perkara dasar.


Tetapi ini bukanlah bererti mempertikaikan kebijaksanaan Top 5.


Biarlah Top 5 tentukan.


Jika bubar Parlimen bulan depan pun kita taat.


Jika bubar Parlimen tahun depan pun kita taat.


Paling penting fokuskan segala masa, tenaga dan keringat kepada pengundi atas pagar...


Dan pada masa sama, pastikan pengundi tradisi BN turun di hari membuang undi.


Seterusnya, kita berserah saja pada Allah yang Maha Berkuasa.


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA