STRATEGI TERBAIK BUAT BN ADALAH BUBAR PARLIMEN LEPAS BANJIR



Tidak ada jentera parti yang terbukti dapat membantu  rakyat dalam bencana kecuali UMNO dan BN.


Tidak ada jentera parti yang lebih berpengalaman dalam menguruskan bencana banjir kecuali UMNO dan BN.


Dengan kekuatan jentera parti UMNO dan BN di semua peringkat di seluruh negara, membantu rakyat dalam bencana banjir merupakan aset berharga yang tidak boleh ditandingi oleh parti lawan.


Tanpa perlu kita berselindung, kita seharusnya menjadikan banjir hujung tahun ini sebagai medan politik untuk memberi pukulan maut TKO kepada semua parti lawan kita.


Lihat saja kepada kerajaan negeri pembangkang yang gagal menguruskan banjir.


Kita biarkan pembangkang dengan kebodohan mereka dalam menguruskan bencana.


Biar UMNO dan BN sahaja jadi juara rakyat. 


UMNO dan BN telah terbukti berjaya dalam soal kebajikan rakyat. 


DAP dengan perangai kedekut tidak mahu meluluskan peruntukan MOF untuk membantu mangsa banjir.


PKR dengan perangai MB hilang entah ke mana sewaktu banjir sudah naik ke  paras bumbung.


PAN dengan hilang entah kemana hari banjir. Kau muncul bila banjir dah surut.


MUDA pula dengan perangai tak habis-habis dengan sesi bergambar waktu banjir.


Pejuang dengan tidak ada langsung kekuatan jentera dan tidak cukup ahli.


PPBM lebih teruk. Kau PKP lockdown rakyat sampai rakyat hilang arah untuk mencari rezeki, kemudian datang pula banjir besar. 


Tidak ada jentera parti yang boleh kalahkan UMNO BN dalam usaha membantu rakyat ketika bencana. 


Pujian dan penghargaan wajar kita berikan kepada semua pejuang UMNO yang tidak didendang di seluruh negara yang membantu ketika banjir.


Banjir yang bakal tiba ini wajar jadi medan politik untuk kita mencurah keringat untuk membantu rakyat.


Tak perlu apologetik.


Kita turun membantu rakyat dengan segala kekuatan jentera parti.


Membantu rakyat ketika bencana ini, reward politiknya memang luarbiasa.


Kemenangan besar PRN Melaka dan PRN Johor juga kerana kerja keras jentera parti membantu mangsa banjir. Rakyat terjemahkan bantuan jentera parti ketika banjir kepada sokongan dan undi kepada BN.


Formula ini sudah terbukti berjaya.


Kita masuk ke medan banjir ketika paras air sedang naik tinggi ke paras bumbung dengan segenap kekuatan jentera dan segala macam bantuan.


Ketika air dah mula surut dan segala bantuan dari Bajet 2023 telah dilunaskan kepada rakyat, kita bubarkan Parlimen untuk meraih  sokongan dan undi rakyat dalam PRU-15 dan seterusnya menubuhkan Kerajaan BN yang dominan.


Mungkin sudah takdir Tuhan untuk BN menang besar PRU-15 lepas banjir.


InsyaAllah.



Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA