TAHNIAH DR. ASYRAF WAJDI : TOKOH PEMUDA PEMBAHARUAN REJUVENASI BN

 


Stadium Titiwangsa bergempita hari ini. Seramai 10,380 orang direkodkan hadir ke Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional 2022. Angka sebenar pengunjung dijangka jauh mengatasi jumlah yang direkodkan.


Pemuda Barisan Nasional turun membawa satu mesej - Ini masa kami.


Dr. Asyraf Wajdi membuka majlis dengan menyatakan bahawa peremajaan parti sedang berlaku.


Dalam 3 pilihan raya negeri sahaja, 13 Pemuda Barisan Nasional dipilih sebagai wakil rakyat. 8 daripada mereka dilantik menjadi Exco Kerajaan negeri.


Dalam semangat dan keterujaan kita untuk berpencak di gelanggang demokrasi kelak, saf kepimpinan parti perlu diperkukuhkan terlebih dahulu.


Kemenangan dalam perlawanan-perlawanan terdahulu tidak bermakna sekiranya kita gagal dalam perang besar yang mendatang.


Kita tidak mahu bersorak menang kini, namun kampung tergadai di kemudian hari.


Kalau pemimpin-pemimpin kita bersatu hati, mereka (PH, PN) tidak ada peluang untuk menang pilihan raya.”


“Jangan pula ada yang jadi tukang bakar, tukang cucuk, tukang hasut.”


Ini mesej Ketua Pemuda Barisan Nasional. Sejujurnya, ini juga mesej yang dikongsi akar umbi merentas sayap parti.


Kami sudah muak dan mual dengan serangan dalaman ke atas pemimpin parti.


Apa gunanya?


Musuh kita ada di luar sana. Kuatkan kubu dan serang mereka. Kalau kita masih terkeliru antara lawan dan kawan, kuda Trojan musuh akan mudah diselinap masuk.


Serangan kepada pemimpin parti hanya dan hanya akan melemahkan Barisan Nasional. 


Hentikan.


Semangat #BangkitSemula yang dinyalakan Dr. Asyraf Wajdi dan Pemuda Barisan Nasional perlu dijadikan penyuluh kepada perjalanan parti menuju pilihan raya. 


Kini kita sudah hampir tiba di destinasi. Bulatkan tekad, satukan hati. Bersama kita ambil semangat Pemuda untuk #BangkitSemula.


Tahniah Dr. Asyraf Wajdi, anda ketua yang Pemuda nanti-nantikan selama ini.


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA