PERCATURAN PWTC BAKAL MANGSAKAN KERUSI PARLIMEN SASARAN BN?



Amat tidak molek dalam keadaan dan waktu kritikal ini untuk kita mencipta polemik. Sedangkan inilah waktu untuk kita tingkatkan perpaduan di dalam parti dan hubungan dengan komponen parti BN.


Tetapi jika kita diamkan apa sahaja percaturan politik di Kuala Lumpur tanpa memikirkan sentimen akar umbi dan pimpinan Bahagian, ini bakal jadi punca kepada perpecahan dalaman UMNO yang tak mampu untuk kita tangani berbaki beberapa hari saja lagi ke hari mengundi.


Tulisan ini bukan untuk mempertahankan mana-mana calon Parlimen BN, baik yang hidup mahupun yang telah mati.


Tulisan ini juga bukan balaci upahan untuk mengangkat pemimpin A atau pemimpin B.


UMNO itu hanya ada satu Presiden.


BN pula hanya ada satu Pengerusi.


Kepentingan parti melebihi mana-mana pemimpin atau individu.


Tulisan ini adalah pandangan akar umbi agar dalam kesibukan jentera dibawah ini bertungkus lumus membuat gerak kerja untuk bakal calon yang telah dicadangkan oleh Bahagian, alih-alih Sang Penasihat keliling Presiden lebih pandai pula dari kami yang bekerja di bawah ini.


Jika penasihat dan penghasut keliling Presiden lebih tahu siapa patut jadi calon di kawasan dan tidak mahu mengikut cadangan dari Bahagian, mungkin penasihat dan penghasut boleh turun uruskan saja PDM bila waktu berkempen nanti.


Jangan dicabar kekuatan jentera pilihanraya BN.


Penasihat Presiden mungkin menasihat dalam aircond.


Jentera Bahagian berasak dalam kepanasan di kawasan.


Kalaupun Presiden ada hak mutlak menentukan siapa sahaja yang beliau rasakan layak pada hematnya untuk menjadi calon di mana-mana kerusi Parlimen...


Pandangan Bahagian dan akar umbi juga tidak kurang pentingnya.


BN memiliki 42 kerusi Parlimen.


42 kerusi Parlimen ini dikira sebagai kerusi selamat, walaupun BN menghadapi tsunami fitnah PH pada PRU-14.


Di setiap 42 kerusi Parlimen ini, bukan Ahli Parlimen saja yang mencurah bakti untuk memenangkan kerusi bagi BN...


Dari Ahli Parlimen hinggalah kepada ratusan malah ribuan jentera yang menyarung vest jentera bertarung bagi pertahankan kerusi BN bagi menghadapi gelombang fitnah PH pada PRU-14...


Alih-alih bila nak masuk PRU-15, pemimpin kami ni hendak ditendang keluar...


Apa kamu ingat kami ni semua kucing kurap boleh disepak diinjak?


Calon-calon luar yang disayangi Presiden mungkin boleh pilih luar dari 42 kerusi Parlimen ini.


Inilah yang lebih harmoni.


Kamu cari saja kerusi lain dan gerakkanlah jentera kamu supaya menambah kerusi Parlimen BN.


Jika Dato Seri Presiden masih mahu percayakan penasihat yang bakal jadi punaisihat, apa lagi boleh kami katakan..


Kita tunggu 1hb nanti..


Jangan pula kita kalah sebelum bertanding.


Kita patut belajar dari pengalaman ngeri PRU-14 apabila punaisihat Presiden UMNO pada waktu itu lebih percayakan calon baru dan calon luar untuk kawasan Parlimen sasaran BN.


Apa jadi nasib kita pada PRU-14?


Cukuplah keputusan PRU-14 jadi pengajaran buat kita semua.


Akhir kata, beribu ribu ampun kepada Dato Seri Presiden.


Niat kita semua hanya satu:


BN menang besar pada PRU-15 dan membentuk Kerajaan Dominan.


InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA