BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA

 


Pembangkang tuduh UMNO BN gila kuasa kerana tidak endah dengan nasib rakyat mahu bubar Parlimen segera walaupun ada risiko banjir.


Inilah modal pembangkang dan PPBM untuk burukkan UMNO BN.


Tuduhan UMNO BN gila kuasa kerana bubar Parlimen ini adalah tuduhan paling tak masuk akal.


Mana ada orang yang gila kuasa mahu lepaskan jawatan utama dalam Kerajaan?


Jika UMNO BN gila kuasa, sudah tentu jawatan dalam Kerajaan ini tak mahu dilepaskan dan biar saja Parlimen bubar tahun hadapan.


Bukankah UMNO BN bertanggungjawab dengan melepaskan jawatan utama di Putrajaya dan memulangkan semula mandat kepada rakyat?


Inilah sikap gentleman UMNO BN yang tidak ada pada parti pembangkang dan PPBM.


UMNO BN juga dituduh tergesa-gesa mahu bubar Parlimen segera kerana mahu lepaskan pertuduhan Mahkamah dari pemimpin utama UMNO.


Ini juga tuduhan tak berasas.


Bukankah Dato Najib terpaksa hadapi hukuman penjara kerana pertuduhan politik terancang yang dipasang oleh puak Atok dan Muhyidin dulu?


Tuduhan Rafizi, Muhyidin dan pembangkang kepada UMNO BN tidak berasas dan jauh sekali dari kebenaran.


Faktor utama bubar awal Oktober ini adalah kerana kenyataan terbuka Presiden PPBM yang isytihar perang kepada UMNO.


Ini adalah kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab kepada Kerajaan yang ada sekarang.


Ini boleh bawa kepada ketidakstabilan pentadbiran negara.


PPBM dominasi jawatan utama dan strategik di Putrajaya.


Baik dari KDN, KPM, MITI dan Ekonomi.


Apakah dengan membiarkan PPBM terus dominasi Kementerian strategik ini baik untuk negara? Sedangkan Presiden PPBM isytihar perang dengan UMNO BN yang juga merupakan tunjang dalam Kerajaan yang ada pada hari ini.


Suka untuk penulis ingatkan pemimpin UMNO di dalam Kerajaan, sementara berbaki beberapa hari ini. Harap kita tukarkan semua jawatan kanan dalam Kerajaan yang dilantik oleh Muhyidin sewaktu dia jadi PM dahulu.


Jangan pula kita disabotaj dari dalam Kerajaan menuju PRU ini kerana kenyataan perang kepada UMNO oleh Presiden PPBM ini jangan diambil ringan.


Akhir kata, fokus kita adalah untuk bekerja kuat demi kemenangan BN dalam PRU-15.


Menangkan BN di semua kerusi Parlimen yang kita bertanding di Semenanjung hingga ke Sabah.


Hentikan dulu polemik politik dalaman. 


PRU-15 adalah hidup dan mati UMNO dan nasib orang Melayu.


Jika kita tak jadi Kerajaan semula selepas PRU-15, mungkin UMNO BN harus tunggu 50 tahun lagi untuk jadi Kerajaan semula.


Dengan kesepaduan Presiden dan YAB PM sudah nampak jelas bayangan kemenangan BN dalam PRU-15.


Kepada Allah kita berserah.



Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO