CALON BN: PERCATURAN ZAHID HAMIDI BAKAL BAWA BN MENUJU KE ALAM BARZAKH



Tidak ada apa yang dapat diungkap.


Dalam kegembiraan kita bersorak untuk sahabat yang berjaya menjadi calon BN.


Begitu juga terdetik duka mengenang akan sahabat yang dinafikan haknya kalaupun berjasa bukan kepada BN tetapi juga kepada rakyat.


Adakah Pengerusi BN sudah berpuashati setelah melunaskan dendam kesumatnya?


Menghantar KJ ke kerusi maut di Sungai Buloh kerana pernah bertanding melawan Presiden dahulu?


Pengerusi BN juga mungkin sudah berpuashati setelah membalas dendam kesumatnya kepada Shahidan Kasim, Annuar Musa dan Tajudin Rahman.


Ini bukan nama kecik anak dalam negeri mereka.


Jika Musa Aman di Sabah masih berpengaruh besar kalaupun tidak lagi memegang jawatan utama dalam mana-mana parti politik.


Begitu jugalah dengan Tajudin Rahman di Perak.


Dan Shahidan Kassim di Perlis.


Jangan ingat tidak akan berlaku gerakan secara besar-besaran di seluruh negara untuk menggulingkan Presiden.


Kuasa watikah yang ada pada Presiden bukan lesen untuk memangsakan parti dan membalas dendam peribadi.


Apa pula dosa Halimah Sadiq, Salim Jempol, Adham Baba dan Mastura?


Lebih mendukacitakan lagi apabila panglima paling senior yang terbukti berjaya mempertahankan kerusi BN di Selangor, dalam apa jua keadaan: Tan Sri Noh Omar.


Noh Omar bukan sahaja lambang kekuatan di Tanjong Karang, lebih penting Noh Omar adalah simbol perjuangan UMNO BN di Selangor.


Dibuang begitu sahaja oleh Presiden.


Apa lagi nak dikata.


Strategi Pengerusi BN pada PRU-15 ini adalah strategi paling mendukacitakan dalam sejarah BN memasuki PRU.


Dalam apa juga fitnah pembangkang yang melanda BN pada PRU-14, Pengerusi BN Dato Najib pada waktu itu ternyata berjaya menguruskan antara kehendak rakyat dan parti dengan sebaiknya.


Malah, calon yang dicadangkan oleh Dato Najib agar anaknya mengisi kekosongan Parlimen Pekan pun tak diendahkan Dato Zahid.


Apa salah jika semua calon yang hendak digugurkan diberi ruang untuk kemuka calon bagi menggantikan mereka atas faktor tertentu, mengapa mereka nak dihina dan dimalukan demikian rupa.


Akhir kata, Dato Seri Zahid Hamidi ternyata sedang membawa BN menuju alam barzakh.


Kita tunggu saja kiamat politik BN pada 19hb November ini.


Keluarnya BN dari Kerajaan, hampir mustahil untuk kita masuk kembali sebagai Kerajaan.


PH sudah belajar dari kehancingan 22 bulan mereka.


Semoga Allah melindungi kita dari malapetaka yang bakal dibawa oleh DAP dan PH ke Putrajaya.


Pengerusi BN telah pun membuka pintu seluasnya untuk mereka berkuasa di Putrajaya.


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA