KEGAGALAN ZAHID HAMIDI SEBAGAI PENGERUSI BN TIDAK PATAHKAN SEMANGAT PERJUANGAN CALON DAN AKAR UMBI BN
Dato Seri Zahid Hamidi kali pertama memikul tanggungjawab menjadi Pengerusi BN untuk masuk ke PRU-15. Kalaupun ada kemenangan manis dalam PRK, PRN sewaktu beliau menjadi Pengerusi BN tetapi beban tanggungjawab PRU ini jauh berbeza. Kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh Pengerusi BN ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku. Apakah pasukan Dato Seri Pengerusi BN tidak belajar dari pengalaman Pengerusi BN terdahulu seperti Pak Lah, Dato Najib dalam mengemudi jentera BN? FAKTOR CALON Kesilapan pertama adalah kesilapan memilih calon WALI. Kriteria WALI yang disebut-sebut hanyalah retorik politik kerana akhirnya calon dipilih lebih kepada hubungan rapat calon dengan Dato Seri Presiden dan orang kelilingnya. Apa kesan bila pemilihan calon ini silap? Kesannya cukup besar. BN yang sudahpun memiliki fixed deposit di 43 kerusi Parlimen sebelum masuk PRU-15, hampir 10 kerusi putih bertukar kelabu dalam sekelip mata. Dimana kebijaksanaan Pengerusi BN untuk gugurkan calon Menteri BN yang bukan sah