BUBAR OKTOBER: UMNO BN BAKAL MASUK KE PERANGKAP BANJIR RAFIZI
Sebagai ahli parti akhirnya kita akan akur dengan apa sahaja kehendak parti pada mesyuarat MKT Jumaat ini. Itulah tanda setia kepada parti melebihi kepentingan diri kita sendiri mahupun mana-mana individu. Kepentingan parti melebihi segalanya. Gelombang bubar Oktober ini juga sudah sampai ke kemuncaknya. Dalam beberapa hari saja lagi kita bakal bubar Parlimen. Walaupun ada sentimen bercampur baur dari kalangan akar umbi. Ada yang nak bubar dan ada juga yang mahu tunggu musim tengkujuh beransur dahulu. Tulisan ini sekadar beri peringatan akan perangkap yang telah dipasang oleh Rafizi kepada UMNO. Raja Formula Rafizi yang ke hulu ke hilir cuba salahkan UMNO BN kerana mahu bubar segera ini bukanlah kerana Rafizi ini seorang yang prihatin kepada masalah banjir yang bakal dihadapi rakyat. Rafizi bukan peduli pun pasal rakyat yang nak hadapi banjir. Bukan. Bukan. Bukan. Jangan kita tertipu lagi dengan Rafizi ini. Petisyen tak mahu bubar Parlimen segera oleh Rafizi ini bukan kerana...